Delitea adalah syarikat F&B yang berkembang pesat, dengan pengalaman lebih 18 tahun dalam industri minuman & pencuci mulut di Malaysia. Kami membekalkan lebih 400 jenis bahan minuman dan mesin kepada kafe, restoran dan kedai makan — termasuk reka bentuk menu, latihan staff, serta sokongan branding & marketing.
Jika anda minat dalam Marketing, Branding, Content, Ads dan Growth, dan bukan sekadar “buat content” sahaja, tetapi ingin membantu meningkatkan jualan dan membina jenama, maka peluang ini sesuai untuk anda!
Jom join kami & grow together!
Kriteria Jawatan
- Umur 21 – 32 tahun
- Fasih dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
- Sikap positif, bertanggungjawab dan komunikasi yang baik
- Boleh bekerja dalam team dan juga secara berdikari
- Minimum SPM / Diploma / Ijazah atau kelayakan berkaitan
- Sekurang-kurangnya 1–2 tahun pengalaman dalam Marketing / Social Media / Digital Marketing
- Peka terhadap trend pasaran, branding, content dan advertising
Tanggungjawab Utama
- Merancang dan menghasilkan content pemasaran (iklan, social media & branding)
- Merancang strategi marketing dan idea kreatif untuk tingkatkan exposure & conversion
- Mengurus dan menjalankan iklan di platform seperti FB / IG / XHS
- Menganalisis data marketing, optimize performance dan sediakan report
- Buat design asas (Canva / Photoshop / Illustrator)
- Ambil dan edit simple short videos
- Bekerjasama dengan team untuk jalankan marketing campaign (online & offline)
Faedah Pekerja
- Gaji asas + Komisen / Elaun / Bonus (RM2,500 – RM4,000++ bergantung kepada pengalaman & prestasi)
- KWSP + SOCSO + EIS
- 5.5 hari bekerja setiap minggu
- Cuti tahunan & cuti sakit
- Latihan & bimbingan pembangunan diri
- Peluang kenaikan pangkat & kerjaya
- Suasana kerja yang mesra & team supportive
- Snek & minuman percuma di pejabat
- Kemudahan Gym
- Aktiviti team building & trip syarikat
Job Location
13A, Jalan Ida 1A, Perindustrian Desa Aman, Kepong, 52200 Kuala Lumpur
Click to view the location on Google maps