Membentuk pelan jualan korporat untuk mencapai sasaran (KPI) tahunan yang ditetapkan oleh syarikat
Memantau trend pasaran komunikasi dan aktiviti pesaing untuk mengenal pasti peluang jualan baharu
Menilai prestasi pasukan jualan secara berkala dan membuat pelarasan strategi untuk memastikan sasaran pendapatan tercapai
Mengurus kenyataan media, sidang akhbar, dan memastikan publisiti meluas bagi setiap aktiviti organisasi.
Menjalin kerjasama dengan pelanggan korporat utama dan pihak berkepentingan (stakeholders) untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan.
Menyelia pengeluaran bahan promosi seperti brosur, video korporat, dan kandungan multimedia untuk mengukuhkan identiti jabatan atau syarikat.
Memastikan semua pertanyaan, aduan dan isu pelanggan melalui pelbagai saluran komunikasidikendalikan secara professional dan berkesan bagi memelihara imej jabatan
Merancang dan memantau sistem aduan serta maklum balas untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.
Menyelaras lawatan kerja, program tanggungjawab sosial korporat (CSR), dan majlis rasmi organisasi.
Memastikan maklumat organisasi disampaikan secara tepat kepada kakitangan bagi menyokong pencapaian matlamat bersama.
Memastikan pasukan jualan melaksanakan aktiviti jualan seperti sales call, sales blitz, customer visit dan promotion secara aktif dan berterusan bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.
Menyediakan laporan berkala mengenai prestasi jualan dan keberkesanan kempen komunikasi untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan atasan.
KELAYANAKAN & KEPERLUAN:
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran, Komunikasi, Perniagaan atau bidang berkaitan.
Pengalaman sekurang-kurangnya 5–8 tahun dalam bidang jualan, pemasaran atau komunikasi korporat.
Mempunyai jaringan hubungan (networking) yang baik dengan pelanggan korporat dan pihak berkepentingan.
Berkemahiran dalam perancangan strategik dan pelaksanaan kempen pemasaran.
Mampu bekerja di bawah tekanan dan mencapai sasaran jualan